Mudahnya membayar cukai pintu dan Indah Water
2011
Minggu lepas dapat banyak surat daripada Majlis Perbandaran dan Indah Water. Semua di hantar ke satu alamat terkini untuk memudahkan membuat pembayaran. Jangan sesekali melewatkan atau menangguhkan pembayaran semua bil rumah anda. Kenapa?? Kerana ianya adalah salah satu habit yg tak elok dan akan menyusahkan anda di masa akan datang (http://www.pickthebrain.com/blog/5-common-characteristics-of-ineffective-people/)
Hendak membuat pembayaran amatlah mudah. Hanya bayar melalui internet banking.
1. Maklumkan semua utilities / Majlis Perbandaran / Indah Water / lain-lain utk menghantar semua bil ke alamat terkini anda. Makluman boleh dibuat menggunakan surat sahaja.
2. Bil akan sampai pada waktu yang sama. Biasanya 6 bulan sekali. Kalau anda ada 10 buah rumah, anda akan dapat 10 bil sekaligus (utk Indah Water dan majlis Perbandaran)
3. Buat pembayaran melalui internet. Sangat mudah, hanya dgn jari, selesai semuanya. Add to favorite utk memudahkan pembayaran di masa akan datang. Jangan lupa print as pdf (pdf creator) utk dijadikan rujukan. Buat 1 folder dlm komputer anda dan susun mengikut turutan supaya memudahkan proses pencarian di masa hadapan.
senang kan?? Jadi jangan la menangguhkan pembayaran sebab ianya sangat mudah. Tak sampai 30 minit selesai pembayaran. Be effective and more productive. i like

