Hartanah dan Berniaga
2011
Di penghujung tahun 2011 ini, genaplah 4 tahun saya berkecimpung dalam pelaburan hartanah. Dalam masa 4 tahun ni, banyak perkara yang dipelajari terutama dalam bidang pelaburan. Sebagai Investor, pelaburan hartanah memang tidak dinafikan sangat menguntungkan terutamanya sekiranya pelaburan tersebut disimpan dalam jangkamasa yang lama. Long Term Investment la katakan. Mula-mula nak melabur dulu memang ada perasaan takut. Tapi, dengan sedikit ilmu daripada membaca buku pelaburan hartanah, saya gagahkan jugak membeli beberapa property utk pelaburan. Alhamdulillah, sekarang telah nampak hasilnya. Dapat la sedikit passive income utk mulakan kehidupan baru sebagai part time Businessman
Dengan adanya passive income daripada hartanah, bolehlah saya membayar gaji pekerja, bil utiliti dan sewa bulanan kedai. Walaupun kedai tiada hasil jualan, kedai masih boleh dibuka seperti biasa kerana semua kos ditanggung oleh penyewa-penyewa hartanah saya. Untung kan?? Sekiranya anda baru hendak bermula melabur, mulakanlah SEGERA. Diingatkan anda perlu banyak mencari ilmu dengan membaca dan mendengar pengalaman orang yang telah berjaya dalam pelaburan yang dibuat.
Mengikut Robert Kiyosaki dalam bukunya CASHFLOW Quadrant, perjalanan untuk mencapai bebas kewangan akan lebih pantas sekiranya kita berada dalam Quadrant B (Business Owner). Risiko di Quadrant B sebagai Business Owner sangat tinggi tetapi sekiranya berjaya, hasilnya amat LUMAYAN. Semua perkara mempunyai risiko dan ianya boleh diminimakan dengan ilmu pembacaan dan pengalaman.
Minda saya terbuka untuk memulakan perniagaan dengan membuka kedai setelah melancong ke Guangzhou bulan September 2011 baru-baru ini. Di sana, saya dapat lihat ramai orang berniaga dan ia menyemarakkan lagi semangat saya untuk berniaga. Setelah berfikir panjang dan berbincang bersama isteri tercinta, akhirnya lahirlah Glory Collection.
Fokus Glory Collection adalah menjual pakaian wanita seperti baju kurung, jubah dan blouse. Lokasi kedai Glory Collection adalah di Bandar Muar, Johor (Kawasan bank Rakyat). Sekiranya anda berada di kawasan sekitar Muar, jemputlah datang ke kedai saya. Kedai baru je dibuka seminggu dan banyak lagi pakaian perlu ditambah. Tak sabar untuk menunggu baju kurung yang saya beli daripada Vietnam, dijangka sampai pertengahan January 2012.
Anda juga boleh membeli stok sediaada secara online di www.glorycollection.com.my. Jangan lupa like page saya www.facebook.com/GloryCollection
2 comments
Trackback e pingback
No trackback or pingback available for this article

info yang mantap.
Hadirlah ke Seminar Hartanah yang bernilai RM300 lebih pada harga diskaun iaitu RM25 Sahaja melalui link berikut:
Saya telah menghadiri Seminar Hartawan Hartanah pada bulan September, 2011.
Pada mulanya memang tidak percaya, rumah boleh dimiliki tanpa deposit 10%.
Namun terdapat banyak testimoni, rakan-rakan yang berjaya miliki rumah
dengan deposit serendah RM500 dan ada juga tanpa deposit!
Mungkin kini, peluang anda pula
http://bit.ly/seminar_hartanah
terima kasih
betul memang, kita boleh membeli rumah dan dapat cash lebih drpd deposit yg kita keluarkan. Alhamdulillah saya telah beberapa kali membeli rumah dgn cara tersebut