
Salam Ramadhan kepada semua. Hari ni dah hari ke-enam kita berpuasa dan sama-sama berdoa agar dipanjangkan umur utk meneruskan beribadat di bulan yang penuh berkat ini.
Sedar tak sedar jer dah hampir 7 bulan aku tak upate blog ni. Banyak perkara yang berlaku tapi tak sempat nak update. Mungkin juga disebabkan kesibukan kerja dan kurangnya “PASSION” aku kat blog ni.. huhuhu.. Walaupun tiada update, ada jugak pembaca yang bertanyakan soalan dan rasa seronok bila tahu rupanya blog ni masih ada pembaca.. Dan insya-ALLAH, lepas ni blog ni akan sentiasa di update. “Sharing is Caring”
Pembelian rumah di Vista Millennium masih belum selesai. Ini adalah disebabkan problem dengan penukaran nama rumah tersebut. Strata title akan dikeluarkan tetapi disebabkan Tauke tak beri kebenaran utk Direct Transfer, terpaksa la tukar nama berperingkat. Maksudnya tukar nama drpd MasterTitle kepada nama Owner Lama. Kemudian setelah selesai baru boleh ditukar kepada nama aku. Ambil masa yang agak lama utk selesai. Dah 9 bulan, masih pending lagi.
Sebenarnya aku memang berharap agar proses pembelian Vista Millennium ni lambat selesai. Sebabnya sewa rumah semua masuk ke akaun aku dan aku tak perlu byr apa2 kepada bank. Kene byr maintenance fee jer. Perjanjian dengan owner ari tu, dia bg kebenaran utk aku baiki dan buat renovation sebanyak RM5000, kemudian sewa akan dimasukkan ke dalam akaun aku utk membayar balik RM5000 tersebut. Kira aku diberi subsidi RM5000.. hheheehhe.. Lepas cukup duit sewa yg aku dpt sebanyak RM5000, barulah sewa akan aku share dgn owner.. 50/50.. untung kan?? sebab aku tak perlu byr bank, free-free dpt duit bulan2.. huhuhuuu
Alhamdulillah sekarang ni jugak serunding2u mendapat sambutan yang menakjubkan. Mungkin disebabkan testimoni drpd customer menyebabkan ramai pembeli baru yg berminat. Testimoni amat penting bila jual barang secara online. sebab org tak kenal kita dan tak nampak depan mata produk tu. hanya gambar tak cukup kuat utk meyakinkan org membeli produk kita. So, aku kumpul testimoni2 customer lama, letak dalam FB. berduyun2 org beli.. Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan..
Dan sehingga ke hari, tiada customer aku merungut serunding yg aku jual tu rosak / tak sedap. Alhamdulillah, semua positif. Mungkin sebab tu la serunding kg laut ni terkenal dengan keenakan dan kesedapan serunding ni. Last week masuk paper NST, “serunding Kg Laut is the BEST“ katanya.. Bertambah semangat utk aku jual serunding. Lagipun harga yang aku jual lebih rendah drpd harga pasaran di pasar2 malam atau di shopping complex. Siap free Delivery lagi.. tu yg sambutan sangat-sangat menggalakkan. So, kepada sesiapa yg ingin rasa serunding Kg Laut, Kelantan yang terkenal, boleh la roger2 aku di Facebook zam serunding / sms 0139842103. Aku jual serunding sepanjang tahun dan boleh tahan sehingga 12 bulan.. Kalau tak percaya, boleh tengok kat testimoni customer di Faccebook.. tak pun beli d www.serunding2u.com. Harga dlm web tak termasuk postage yer.. tapi kalau campur postage, still rendah drpd pasaran..
ok, sekali lagi aku ucapkan selamat berpuasa dan selamat beramal. terima kasih sebab sudi membaca dan jgn lupa LIKE ME di Facebook ~zam seruding~